Tuesday, January 19, 2010

SEJARAH SEKOLAH

SEJARAH SEKOLAH


 PADA PERINGKAT AWAL PENDUDUK DI SINI MEMBINA PONDOK UNTUK MEMBERI PENDIDIKAN ASAS,DIIKUTI KEMAHIRAN MEMBACA ,MENGIRA DAN MENULIS.

 KEMUDIAN PADA KETIKA ITU HASRAT UNTUK MEMBERI PELAJARAN KEPADA ANAK-ANAK PENDUDUK GONG KAPAS MULA TERPAHAT.JADI PADA TAHUN 1943 SEKOLAH INI DITUBUHKAN.
 GURU BESAR YANG PERTAMA IALAH CIKGU TENGKU EMBONG

 SEKOLAH INI TELAH DIRASMIKAN OLEH EN. KHIR JOHARI
( MENTERI PELAJARAN MALAYSIA) PADA TAHUN 1963

Dato Wan Mokhtar


Yang Berbahagia Dato' Seri Amar Diraja

Tan Sri Haji Wan Mokhtar Bin Ahmad


( Bidang politik)

Dilahirkan tanggal 21 Mac 1932 di Kampung Nesan Empat, Kuala Terengganu adalah anak kepada Wan Ahmad bin Wan Abdul Hamid ( berasal dari Kampung Daik), seorang peniaga runcit dan kain songket di Pasar Kedai Payang, Kuala Terengganu. Ibunya Fatimah Mohamad yang berasal dari Kampung Nesan Empat meninggal dunia ketika Wan Mokhtar berusia 5 tahun. Selapas itu Wan Ahmad mengahwini adik iparnya sendiri Wok Khatijah juga emak saudara Wan Mokhtar. Bagaimana pun Wan Mokhtar sejak kecil dipelihara oleh neneknya Wan Mandak di Kampung Daik sebagai anak angkat.

Bersama Wok Khatijah, Wan Mokhtar mempunyai 3 orang adik iaitu Wan Asiah (Exco Pergerakan Wanita UMNO Malaysia dan balu kepada bekas Timbalan Menteri Penerangan, Datuk Wan Abdul Kadir), Wan Latifah dan Wan Zaki. Seperti Wan Mokhtar, Wan Asiah juga dipelihara oleh neneknya Wan Mandak. Oleh itu Wan Mokhtar lebih rapat dan mesra dengan Wan Asiah berbanding adik-adik yang lain.

Beliau telah mendapat pendidikan awalnya di Sekolah Rendah Melayu di Kuala Terengganu dan kemudiannya telah melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah Arab Zainal Abidin Kuala Terengganu.Mengikut gurunya Sheikh Mahmud Bakar Rafie' beliau adalah seorang pelajar yang cerdas dan aktif dalam bidang penulisan. Beliau pernah menghasilkan beberapa artikel dan terjemahan.

Berbekalkan cita-cita untuk mendalami ilmu beliau telah meninggalkan negeri untuk melanjutkan pelajaran di Anglo Chinese Afternoon School, Pulau Pinang. Pada tahun 1954, beliau telah dianugerahkan hadiah biasiswa kerajaan negeri untuk melanjutkan pelajarannya ke Universiti Al-Azhar, Mesir. Beliau merupakan kumpulan pelajar terawal kelulusan Sultan Zainal Abidin yang di terima masuk ke Universiti itu.

Semasa menuntut di Al-Azhar, beliau turut terlibat secara aktif dan memimpin Persatuan Melayu Republik Arab Mesir. Di sinilah kepimpinan dan semangat untuk membina anak bangsanya diasuh, dipahat dan dikembangkan sebagai bekal kepimpinan negara nanti.

Setelah tamat pengajiannya di Universiti Al-Azhar Mesir pada tahun 1963 dan memperolehi Ijazah Sarjana (M.A.), Dato' Seri Haji Wan Mokhtar kembali ke tanahair dan seterusnya bertugas sebagai seorang guru dan mengajar di Sekolah Arab Sultan Zainal Abidin,Batu Buruk.Beliau mengajar Bahasa Arab, Hadis dan Pengajian Islam. Oleh kerana sekolah itu melahirkan tokoh-tokoh politik Terengganu seperti Tan Sri Ibrahim Fikri, Datuk Wan Abdul Kadir Wan Ismail, maka dengan sendirinya Wan Mokhtar turut terseret ke kancah politik.

PULAU PERHENTIAN



PULAU PERHENTIAN PANTAINYA PUTIH LAUTNYA BIRU
Suatu waktu dahulu ia hanya dikenali sebagai tempat persinggahan dan perlindungan bagi nelayan ketika rebut, tetapi hari ini ia muncul sebagai salah sebuah pulau pelancongan yang tercantik di negara ini. Itulah Pulau Perhentian-pulau damai yang masih terpelihara keindahan semulajadinya. Pulau ini terletak kira-kira 20km dari pantai Besut, Terengganu. Perjalanan dari Kuala Besut ke pulau ini mengambil masa kira-kira 1 jam 45 minit. Pulau ini terbahagi kepada dua-Pulau Perhentian Kecil dan Pulau Perhentian Besar atau lebih dikenali sebagai Pulau Perhentian sahaja. Kedua-dua pulau ini dipisahkan oleh selat kecil selebar setengah kilometer. Pulau Perhentian Kecil merupakan perkampungan nelayan yang lengkap dengan pelbagai kemudahan asasnya. Deretan pohon kelapa, pantai berpasir putih dan laut biru yang tenang, dapat menambat hati setiap pengunjung dan pencinta alam yang datang ke sini. Pulau Perhentian diindahkan dengan pantainya yang berteluk cetek dan berbatu cantik, sesuai untuk mandi-manda. Di sepanjang pantai dapat melihat pelbagai jenis dan bentuk batu karang serta moluska laut seperti siput, tiram dan tumbuhan laut yang jarang ditemui di pantai-pantai biasa. Bagaimanapun, pengunjung-pengunjung dilarang keras memungut sebarang jenis hidupan laut ini, kerana pulau ini dilindungi di bawah Jabatan Perikanan dan Kementerian Alam Sekitar. Bagi anda yang minat memancing boleh memancing di sepanjang pantai dan teluk di pulau ini. Jika anda bercadang mengelilingi pulau sambil memancing, bot boleh disewa dengan kadar RM20-RM50 bagi satu kumpulan berjumlah antara 5 hingga 20 orang. Kalaulah ditakdirkan bekalan makanan anda bawa habis, usahlah bimbang. Di sini terdapat beberapa buah restoran mini. Makanan lautnya pelbagai, segar dan harganya sederhana. Anda juga mungkin berpeluang menikmati pengalaman ke laut bersama-sama dengan nelayan yang singgah di situ. Jika bernasib baik dan tepat pada musimnya, anda berpeluang melihat penyu bertelur di pantai pulau ini. Jika anda bercadang berkunjung atau bercuti ke pulau ini, bolehlah menghubungu Pejabat Daerah Besut untuk urusan bot dan pengangkutan dan tempahan chalet. Chalet-chalet itu mempunyai bekalan air dan elektrik di samping peralatan dapur untuk kemudahan mereka yang bercadang bermalam. Kadar sewanya sederhana antara RM10 hingga RM20 satu hari. Anda juga boleh berkhemah (camping) di sepanjang pantai pulau ini. OLEH ROZAMAN ISMAIL RAMONAS

PULAU KAPAS

PULAU KAPAS

Kira-kira seratus tahun lampau, Pulau Kapas yang terletak enam kilometer dari Pantai Marang, Terengganu amat ditakuti oleh penduduk dan nelayan tempatan. Mereka cukup takut berteduh terutamanya pada musim tengkujuh. Mereka takut dan khuatir nyawa terancam apbila mendekatinya.

Pulau Kapas dikatakan berpenunggu puaka-beberapa orang yang singgah di situ menerima nasib malang, menemui ajal dalam keadaan yang ngeri dan memilukan. Memang ada di kalangan nelayan-nelayan yang menjadi mangsanya, ada juga yang hilang begitu sahaja. Demikian menurut cerita beberapa orang penduduk setempat.

Selain itu, terdapat cerita yang diperturunkan dari mulut ke mulut tentang asal usul Pulau Kapas, iaitu tentang adanya seekor harimau ganas yang tidak diketahui jenisnya yang sentiasa membaham sesiapa sahaja yang berada di situ. Harimau tersebut kononnya dapat berubah wajah menjadi orang tua atau perempuan cantik yang pandai menggoda.

Apabila bertukar wajah menjadi orang tua ia meminta orang melakukan sembahan-sama ada kambing atau anak lembu. Darahnya hendaklah dihantar ke puncak bukit di situ. Jika ingkar, ia bertukar menjadi harimau, lantas membaham yang ingkar.

Apabila menyerupai perempuan cantik, ia lantas sahaja menggoda. Apabila mangsanya tergoda, ia berubah menjadi harimau dan membaham mangsanya.

Bagaimanapun, orang yang ke Pulau Kapas kini tidak pernah berasa bimbang atau takut lagi. Segala cerita tentang puaka dan harimau itu tinggal dongeng. Pulau Kapas kini menjadi pulau pelancongan yang kian sibuk.

Pulau Kapas yang terletak di perairan Terengganu dikelilingi air laut yang jernih bagaikan kaca sehingga kelihatan batu-batu karang dan ikan pelbagai jenis berwarna-warni.

Pantainya putih bersih dan pemandangannya begitu menarik dengan batu-batan menghampar ke laut. Ia berbukit-bukit dengan hutan menghijau.

Pulau ini juga mempunyai beberapa keistimewaan lain, termasuk sebuah perigi berair sejuk semulajadi. Ia juga sesuai bagi yang berminat dengan aktiviti berperahu, menangkap ikan, menyelam, berkelah dan memancing.

Untuk tiba di pulau ini tidak begitu menyulitkan. Memandangkan terdapat banyak perkhidmatan bot penumpang dari pantai Marang. Pejalan sejauh enam kilometer mengambil masa kira-kira 30 minit. Sebarang tempahan dan pertanyaan boleh dibuat menerusi Hotel Pantai Primula, Kuala Terengganu.


Free Blogger Templates by Isnaini Dot Com. Powered by Blogger and Supported by Lincah.Com - KIA Cars