Tuesday, January 19, 2010

Dato Wan Mokhtar


Yang Berbahagia Dato' Seri Amar Diraja

Tan Sri Haji Wan Mokhtar Bin Ahmad


( Bidang politik)

Dilahirkan tanggal 21 Mac 1932 di Kampung Nesan Empat, Kuala Terengganu adalah anak kepada Wan Ahmad bin Wan Abdul Hamid ( berasal dari Kampung Daik), seorang peniaga runcit dan kain songket di Pasar Kedai Payang, Kuala Terengganu. Ibunya Fatimah Mohamad yang berasal dari Kampung Nesan Empat meninggal dunia ketika Wan Mokhtar berusia 5 tahun. Selapas itu Wan Ahmad mengahwini adik iparnya sendiri Wok Khatijah juga emak saudara Wan Mokhtar. Bagaimana pun Wan Mokhtar sejak kecil dipelihara oleh neneknya Wan Mandak di Kampung Daik sebagai anak angkat.

Bersama Wok Khatijah, Wan Mokhtar mempunyai 3 orang adik iaitu Wan Asiah (Exco Pergerakan Wanita UMNO Malaysia dan balu kepada bekas Timbalan Menteri Penerangan, Datuk Wan Abdul Kadir), Wan Latifah dan Wan Zaki. Seperti Wan Mokhtar, Wan Asiah juga dipelihara oleh neneknya Wan Mandak. Oleh itu Wan Mokhtar lebih rapat dan mesra dengan Wan Asiah berbanding adik-adik yang lain.

Beliau telah mendapat pendidikan awalnya di Sekolah Rendah Melayu di Kuala Terengganu dan kemudiannya telah melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah Arab Zainal Abidin Kuala Terengganu.Mengikut gurunya Sheikh Mahmud Bakar Rafie' beliau adalah seorang pelajar yang cerdas dan aktif dalam bidang penulisan. Beliau pernah menghasilkan beberapa artikel dan terjemahan.

Berbekalkan cita-cita untuk mendalami ilmu beliau telah meninggalkan negeri untuk melanjutkan pelajaran di Anglo Chinese Afternoon School, Pulau Pinang. Pada tahun 1954, beliau telah dianugerahkan hadiah biasiswa kerajaan negeri untuk melanjutkan pelajarannya ke Universiti Al-Azhar, Mesir. Beliau merupakan kumpulan pelajar terawal kelulusan Sultan Zainal Abidin yang di terima masuk ke Universiti itu.

Semasa menuntut di Al-Azhar, beliau turut terlibat secara aktif dan memimpin Persatuan Melayu Republik Arab Mesir. Di sinilah kepimpinan dan semangat untuk membina anak bangsanya diasuh, dipahat dan dikembangkan sebagai bekal kepimpinan negara nanti.

Setelah tamat pengajiannya di Universiti Al-Azhar Mesir pada tahun 1963 dan memperolehi Ijazah Sarjana (M.A.), Dato' Seri Haji Wan Mokhtar kembali ke tanahair dan seterusnya bertugas sebagai seorang guru dan mengajar di Sekolah Arab Sultan Zainal Abidin,Batu Buruk.Beliau mengajar Bahasa Arab, Hadis dan Pengajian Islam. Oleh kerana sekolah itu melahirkan tokoh-tokoh politik Terengganu seperti Tan Sri Ibrahim Fikri, Datuk Wan Abdul Kadir Wan Ismail, maka dengan sendirinya Wan Mokhtar turut terseret ke kancah politik.

2 comments:

Anonymous said...

Lucky Club Casino Site Review - Lucky Club
Lucky Club Casino ✓ Trusted Lucky Club Casino review for 2021 ✓ Find out the most up luckyclub to date details. ➤ Join now! ➤ Claim

pacayan said...

Casino & Resort Tunica - JetXtra
Information 상주 출장샵 and Reviews about Casino & Resort Tunica, 남원 출장안마 including Hotel 강릉 출장마사지 Room Rates, Special Rates, Games, Special Events and Promotions. Rating: 구리 출장안마 3.8 · ‎3 포항 출장마사지 reviews


Free Blogger Templates by Isnaini Dot Com. Powered by Blogger and Supported by Lincah.Com - KIA Cars